Soalan Lazim

Maklumat Korporat

Soalan Lazim

 

Adakah Kolej Komuniti sebuah IPT Swasta?
Bukan! Kolej Komuniti adalah sebuah IPT Awam
 
Apakah kursus yang ditawarkan oleh Kolej Komuniti Temerloh?
Kolej Komuniti menawarkan 2 jenis kursus:
 Kursus Jangka Pendek dan Sijil Kolej Komuniti Bermodular SKK(M)
 
Apakah maksud SKK(M)?
Ia merupakan latihan kemahiran berdasarkan proses kerja sebenar. Terbuka kepada semua lapisan masyarakat yang telah menamatkan dam LULUS Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Penawaran secara sepenuh masa. Pelajar akan menjalani Latihan Industri atau Program Extenship bagi MODUL 5.
 
Apakah menariknya program ini?
- Latihan berasaskan proses kerja bertujuan untuk memasuki pasaran kerja dalam biang berkaitan
- Diiktiraf oleh badan-badan professional dan agensi kerajaan
- Berpeluang mendapatkan pelbagai kemahiran daripada modul-modul yang ditawarkan
- Penilaian dilaksanakan oleh badan-badan professional dan agensi kerajaan
- Berpeluang menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi kepada yang layak
- Program pembelajaran fleksibel yang sesuai untuk individu yang ingin mendapatkan kemahiran
 
Tempoh Pengajian ?
Tempoh pengajian minimum adalah 16 bulan dan dilaksanakan secara modular dan tempoh setiap modul adalah selama empat (4) bulan.
 
Syarat Am Kemasukan?
Warganegara Malaysia
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM/SPMV) atau setara
Berumur 17 tahun ke atas
 
Adakah penginapan pelajar disediakan?
Tidak! Walaubagaimanapun, pihak kolej boleh mambantu pelajar mencari rumah sewa berdekatan
 
Bagaimana pengajian di Kolej Komuniti dijalankan?
Pengajian dijalankan dalam bentuk teori dan latihan praktikal.
 
Cara Permohonan:
Permohonan secara walk-in ke Kolej Komuniti Temerloh (Dengan membawa Kad Pengenalan & Salinan Sijil/Keputusan SPM)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bantuan Kewangan
Pelajar Kolej komuniti yang mengambil Sijil Sepenuh Masa SKK(M) ini boleh memohon bantuan kewangan samada melalui Tabung Pinjaman Pelajaran (TPP) atau Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK) Pelajar yang berkelayakan hanya boleh membuat salah satu sahaja bantuan kewangan.
 
Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK)
Bantuan kewangan ini hanya diberikan kepada pelajar Kolej Komuniti yang kurang berkemampuan iaitu berpendapatan isirumah tidak melebihi RM1,500 sebulan tanpa mengira bilangan tanggungan isirumah.
 
Syarat-syarat Permohonan (BPKK)
- Warganegara Malaysia;
- Pendapatan kasar bulanan ibubapa sebanyak RM3,000 dan ke bawah tanpa tertakluk kepada bilangan tanggungan isirumah;
- Hanya diberikan kepada pelajar Kolej Komuniti peringkat sijil jangka panjang sahaja iaitu yang melibatkan pengajian sekurang-kurangnya 5 semester (peringkat sijil);
- Menandatangani dua (2) salinan perjanjian (tanpa penjamin);
- Mengisi Borang Penyata Pendapatan Bulanan Keluarga;
- Pelajar tidak dibenarkan mempunyai penaja lain dalam tempoh pengajian.
 
Tabung Pinjaman Pelajaran (TPP)
Tabung Pinjaman Pelajaran Kementerian Pengajian Tinggi merupakan satu Kumpulan Wang Amanah Tabung Pusingan Pinjaman Pelajaran Persekutuan yang ditubuhkan di bawah Akta Kewangan 1957. Pinjaman ini diberikan kepada pelajar kolej komuniti sebagai langkah untuk membantu pelajar melanjutkan pengajian di peringkat separa profesional yang akan dapat meningkatkan kemahiran hidup mereka dan seterusnya memberi peluang kepada mereka dalam menceburi bidang ekonomi dengan lebih berkesan.
 
Syarat-syarat Permohonan (TPP)
- Warganegara Malaysia;
- Hanya diberikan kepada pelajar Kolej Komuniti peringkat sijil jangka panjang sahaja iaitu yang melibatkan pengajian sekurang-kurangnya 5 semester (peringkat sijil);
- Pelajar disayaratkan menandatangani perjanjian tetapi tiada syarat kontrak berkhidmat dengan kerajaan;
- Pelajar perlu mengemukakan seorang penjamin;
- Pelajar tidak dibenarkan mempunyai penaja lain dalam tempoh pengajian; dan
- Pelajar perlu membayar balik pinjaman selepas 6 bulan menamatkan pengajian.
 
Cara Permohonan
Pelajar baru atau sediaada Kolej Komuniti yang berkelayakan boleh mengemukakan permohonan melalui Penyelaras Biasiswa Kolej Komuniti masing-masing.

 

:: PENAFIAN :: Kerajaan Malaysia umumnya dan Kolej Komuniti Temerloh amnya tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
:: PAPARAN TERBAIK :: Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 x 768, pelayar IE8, Mozilla Firefox, Google Chrome.
:: HAKCIPTA TERPELIHARA :: Hakcipta terpelihara 2013 @ webmaster Kolej Komuniti Temerloh
.:: MOBILE VERSION ::.